Saturday, 21 July 2012

Ramadhan yang dirindui..

Assalammualaikum,
alhamdulillah baru selesai hari pertama puasa. Rasanya belum terlambat lagi nak mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam, semoga puasa tahun nie menjadi puasa yang lebih baik daripada tahun-tahun sebelum nie..

First day puasa mengantuk jew, rasanya kena susun aktiviti sepanjang bulan puasa tuk mengelak daripada tidur di siang hari..
Tahun nie puasa sebulan dekat rumah memang seronok..
apa aktiviti yang boleh buat sepanjang waktu siang??hmmm..

kalau time sahur masa kecik2, bila emak suruh makan, angguk jew, suap nasi masuk mulut tapi mata pejam sebab mengantuk sangat..

waktu siang pulak, balik sekolah buka peti sejuk minum air, lepas tue sambung puasa balik, boleh pulak macam tue, masa tue tak faham lagi erti puasa yang sebenar..
bila kenang balik pengalaman puasa masa kecik2 memang kelakar, semua tue tinggal kenangan..kenangan yang tak akan dilupakan sampai bila2..=)


No comments:

Post a Comment